PEMBELI BUKU 'CELORENG BIRU' SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN BONUS ANDA

 

BERITA BAIK UNTUK ANDA!!

Kisah-Kisah Realiti Dalam Kem PLKN Kini Dalam Bentuk Buku Fizikal!

 

Atas permintaan ramai, ebook Celoreng Biru kini dijadikan sebuah buku yang boleh anda pegang, simpan dan jadikan kenangan!

Dihiasi dengan kartun-kartun eksklusif dari Kartunis Ubi!

MAHU TAHU LEBIH LANJUT?

MAHU TAHU APA KATA PEMBACA EBOOK CELORENG BIRU?

MAHU TAHU ADAKAH PEMBELIAN ANDA BERBALOI?

skrol ke bawah laman ini dan dapatkan jawapannya.


Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Khidmat Negara..

Anda seorang bekas pelatih PLKN?

Anda seorang bakal pelatih PLKN?

Anda seorang jurulatih PLKN?

Anda ibu bapa kepada seorang bakal Wira / Wirawati negara?

ANDA SERING TERTANYA-TANYA APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DALAM PLKN???

Ya, saya akui ramai di antara anda di luar sana yang tertanya-tanya; apa yang sebenarnya berlaku dalam kem-kem PLKN dan bagaimanakah sebenarnya situasi Wira dan Wirawati negara ini selama 3 bulan berkampung di dalamnya.

Pelbagai cerita dan berita yang disampaikan secara berangin-angin ke telinga anda, mengenai baik dan buruknya perjalanan program yang sering disebut-sebut dan penuh kontroversi ini. Namun, setakat manakah benarnya cerita dan berita yang sampai ke telinga anda itu?

Kini anda berpeluang mengetahui dan mendalami sendiri kisah-kisah benar, suka dan duka para pelatih dan jurulatih PLKN di kem mereka sepanjang latihan dijalankan. Saya sebagai seorang bekas jurulatih perintis PLKN dalam bidang multi-skills yang pernah berkhidmat selama 4 tahun (2004 - 2007) membongkarkan kisah-kisah sebenar yang berlaku di dalam kem. Suka dan duka kami warga kem PLKN sebelum ini tiada siapa yang tahu. Tetapi kini, anda juga boleh tahu!

Utusan Malaysia, 30 April 2009

Utusan Malaysia, 30 April 2009


KENAPA ANDA PERLU BACA BUKU INI?


Jika anda seorang bakal pelatih PLKN, inilah rujukan yang terbaik untuk anda mempersiapkan diri sebelum melangkah ke kem dan menyarungkan Celoreng Biru anda.

Jika anda seorang bekas pelatih PLKN, inilah catatan kenangan yang saya kongsikan dan mungkin boleh mengembalikan nostalgia Celoreng Biru anda.

Jika anda seorang jurulatih PLKN, inilah himpunan kisah-kisah anak didik kita, dari perspektif kita sebagai seorang Jurulatih.

Jika anda ibu bapa kepada bakal wira dan wirawati negara, hapuskan kerisauan anda dengan membaca buku ini.

Dan jika anda tiada kena mengena langsung dengan PLKN, dan hanya mendengar mengenainya daripada akhbar dan televisyen, maka buku ini adalah untuk anda.. Supaya tidak ketinggalan dalam mengambil tahu hal ehwal masyarakat dan negara yang berlaku di sekeliling anda!


"Saya pun dah lupa ini merupakan kali ke berapa saya dipelawakan untuk memberi testimoni kepada setiap ebook yang hendak dilancarkan tetapi kebiasaannya hanya ebook yang bertemakan tentang penjanaan wang di internet ataupun tentang perkakasan pembinaan laman web.

Kali ini amat berbeza dan saya terkejut juga apabila membuka email saudari Azzah yang saya kira belum saya kenali. Dengan tajuk ebooknya "celoreng biru" sedikit menyentak minda saya...haha. Ebook apa ni?? Saya meluangkan masa untuk membaca ebook ini daripada sekapur sireh dan bab seterusnya. Hati mula tertarik untuk membaca sehingga muka surat tamat.

Sebelum tu syabas dan tahniah buat penulis ebook ini yang kira punyai jati diri, kental, waja dan berwawasan. Sanggup memikul tugas yang amat berat di bawah cuaca yang tak menentu daripada duduk bekerja di dalam hawa dingin.Hatta jika saya yang ditawarkan jawatan tersebut, pasti saya akan menolaknya.

Segala kisah dan peristiwa benar hasil pengalaman beliau amat berguna untuk pembacaan remaja2. Baik remaja bermasalah mahupun sebaliknya. Kisah yang dipaparkan sememangnya punyai nilai tinggi untuk ditanamkan ke dalam sanubari.Saya begitu tertarik dengan cerita "Tragedi Bukit Goh" dan "Saya Anak Pungut".Kepada ibu bapa yang punyai anak2 remaja bolehlah adaptasikan cerita2 benar dalam ebook ini kepada anak2 agar program PLKN ini tidak disalah ertikan.

Saranan saya : Mesti baca!!!"

Afzai Afandi
Internet Marketer
http://afzaiafandi.com


  • Gaya penulisan yang power.. cayalah!

  • Overall saya bagi 7 bintang la daripada 5 :)

  • Sangat bagus dan sangat memotivasikan.

  • Bagi saya semua orang perlu baca ebook ini.

  • p/s: Ruginya tak g PLKN ho ho ho!

Adly a.k.a Labanon
Internet Marketer
http://rahsia10k.com


APA YANG ISTIMEWANYA EBOOK INI?


Inilah buku dan ebook PERTAMA seumpamanya yang ditulis berkaitan dengan PLKN di Malaysia

Kisah-kisah yang dihimpunkan adalah 100% KISAH BENAR daripada pengalaman saya sendiri selama berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN dari tahun 2004 hingga 2007. Hanya nama mereka yang terlibat sahaja ditukar untuk menjaga kerahsiaan.

Pengenalan kepada kehidupan di dalam kem PLKN, yang orang luar tidak tahu, dan bakal pelatih serta ibu bapa mereka wajib ambil tahu!

Terlalu banyak kisah anak-anak muda yang tidak kita ketahui telah terbongkar dalam kem-kem PLKN, dan anda sebagai warganegara patut mengetahuinya!

Pelbagai kisah yang tidak anda sangkakan benar-benar berlaku, sebenarnya memang berlaku di kalangan kita rakyat Malaysia, tanpa kita sedari

Pengajaran yang terdapat daripada setiap kisah-kisah benar ini adalah sesuatu yang mungkin tidak pernah anda fikirkan, tetapi ianya amat berguna dan membantu.


"Menghiburkan dan padat dengan informasi! Gaya penulisan yg santai dan bersahaja! Penuh dengan pendedahan di sebalik kem latihan PLKN! Mesti dimiliki dan dibaca!"

Kartunis Ubi
http://kartunisubi.com


"Wah..bestnya la bila saya baca e-book ini, memandangkan saya telah mengikuti program khidmat negara, maka pengalaman manis tidak dapat dilupakan bila membaca e-book ini.

Dengan penulisan yang baik lagi kemas serta banyak gambar yang cantik molek di dalamnya, ini membolehkan e-book ini dibaca dengan baik dan dan selesa disamping mengenang kisah silam.

Bagi sesiapa yang tidak mengkuti program khidmat negara ini,
saya sarankan beli dan baca e-book ini untuk mengetahui dan mencari pengalaman bersama.. nice e-book!"

Yazid Yahaya a.k.a ajidss_ajidss
Internet Marketer
/ Penulis Buku 'Buat Duit Dengan Blog'
http://juniorim.com


"cerita yang sangat mengesankan.. (terpaku depan pc macam baca novel)"

WaidaKmy @ Waida
Internet Marketer
http://waidakmy.com/


"Cukup bagus untuk pendedahan kepada keluarga khususnya.. bagi saya, coretan begini sesuai untuk diberitahu pada umum apa yang sebenarnya terjadi semasa PLKN.."

Fauziyah Aziz a.k.a Ogy @ Azzieyah
Usahawan 'Spikers Agro' / Trainer

http://ogyaziz.com


SIAPA PENULIS BUKU INI?


Saya yang bernama Azzah AR a.k.a Azuzafu, seorang bekas jurulatih dan Ketua Jurulatih PLKN. Saya berkhidmat daripada awal program ini dijalankan iaitu pada tahun 2004 sehingga berhenti selepas tamat Kumpulan 3, Siri 4/2007.

Saya bermula sebagai jurulatih Modul Khidmat Komuniti, seterusnya sebagai jurulatih multi-skills iaitu berkhidmat untuk tiga modul - Modul Pembinaan Karakter, Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti. Saya berpengalaman sebagai Ketua Penyelaras Khidmat Komuniti dan jawatan terakhir sebelum saya berundur ialah Ketua Jurulatih Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti di Kem Millennium, Beranang, Selangor.

Saya menulis bukan hendak membongkarkan perkara-perkara yang mengaibkan, tetapi lebih kepada rasa ingin berkongsi tentang kisah-kisah sebenar yang berlaku berdasarkan pengalaman saya yang pernah berada di dalam kem PLKN itu sendiri.

Azzah AR a.k.a Azuzafu
http://www.azuzafu.com


Saya dah baca ebook ini, memang ia menarik minat saya untuk membaca. Pengalaman yang dikongsikan begitu berharga dan kisah-kisah yang dipaparkan dalam bentuk penceritaan mempunyai mesej yang tersirat dan tersurat.

Ini merupakan ebook pengalaman sebenar yang pertama saya baca. Gaya penulisan dan penceritaan seakan-akan saya membaca sebuah buku fizikal dan
saya berikan ebook ini AAA+++

Noorizam Shah
Ebay Education Specialist
http://kuasalelong.com


Sebut sahaja PLKN... 1,001 hal yang akan terfikir dek fikiran...

Jika dahulunya ia bagaikan menjadi igauan kepada ibu bapa (mahupun para pelajar), namun, ia sebenarnya tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

Nah, dengan perkongsian eBook ini, segala pengalaman dan pengetahuan (daripada seorang jurulatih PLKN itu sendiri) akan memaparkan dengan sebaiknya akan halnya PLKN itu... dengannya (membaca), ibubapa tidak perlu lagi bimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke PLKN! Malah tiada apa yang perlu dibimbangkan!

Dengan membacanya... anda akan faham - segala apa yang diajar, berlaku, kebaikan yang menanti dan pelbagai macam ragam halnya PLKN. yang penting, saya begitu yakin dan percaya, program PLKN benar-benar dapat membantu ke arah membina sahsiah yang mantap dan kental, berkeyakinan dan bertanggungjawab; juga bermotivasi diri! Anak-anak anda akan terdidik!

Dengan gaya bahasa yang mantap... design eBook yang cantik dan selesa untuk dibaca... memudahkan lagi proses pemahaman ini semua. ia bukan sahaja penuh dengan pelbagai pengalaman yang dikongsi penulis, malah, sarat dengan input-input motivasi dan majukan diri!

Saya berani mengatakan...
anda langsung tidak menyesal untuk memilikinya!

Ke arah mewujudkan bangsa Malaysia yang gemilang!

p/s: Saya paling tertarik dengan tajuk "Calon SPM Yang Amat Menguji Kesabaran" dan "Si Miskin Yang Memiliki Impian"

Copernicus
Internet Marketer

http://peluangim.com


  • 1 gaya penulisan yang baru, di mana penulis menulis berdasarkan pengalamannya sendiri dan ini menjadikan pembaca 'layan' apa yang ditulisnya,.. sedar2, eh, dah last page jek!

  • niche yang di tonjolkan pun adalah 1 niche yang baru dimana, ebook ini, menceritakan pengalaman bekas2 dan sebagai pegawai di dalam kem PLKN khasnya.

Mohd Hilmi
Internet Marketer / Bakal Guru
http://mohdhilmi.com/


Antara kisah yang terdapat dalam ebook ini:

Bukit Goh
Kejadian demi kejadian berlaku ke atas pelatih saya sepanjang 3 hari kami berkampung di Felda Bukit Goh. Malah sebahagian daripadanya disiarkan dalam akhbar tempatan. Apakah kejadian-kejadian tersebut dan bagaimanakah pula penyelesaiannya?

Si Miskin Yang Memiliki Impian
Seorang remaja miskin yang langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke mana-mana sekolah pun, rupanya memiliki impian yang menggunung. Apakah impiannya itu?

Histeria
Gangguan demi gangguan mistik dihadapi oleh seluruh warga salah sebuah kem di Selangor. Adakah ianya berlaku secara tidak sengaja? Ataupun suatu pengkhianatan?

Si Macho Yang Berhati Tisu
Gaya yang macho, perwatakan yang maskulin, lantang bersuara, tetapi digelar hati tisu. Kenapa?

Saya Anak Pungut
18 tahun hidup bersama ibunya, baru kini dia mengetahui bahawa dirinya cuma anak pungut. Diasak pula dengan pelbagai kedukaan yang bertimpa-timpa. Kisah malang seorang gadis muda yang mungkin selama ini hanya disaksikan dalam drama TV sahaja, tetapi sebenarnya ia berlaku di kalangan kita.

Serangan Isteri Cemburu Buta
Isteri yang tidak memahami tugas seorang Jurulatih. Lantas mengakibatkan kekacauan di dalam kem sehingga terpaksa melibatkan Komandan. Apakah yang telah berlaku?

Wad Dahlia
Wad yang menyimpan 1001 kisah suka duka penghuninya, dikongsikan pula kepada wira dan wirawati yang datang melawat ke sana. Apakah kisah disebalik istilah 'bahagia' yang sering dilabelkan kepada penghuni wad ini?

dan banyak lagi berjumlah 16 BABAK kesemuanya!!


SAYA MAHU TERUS DAPATKAN NASKHAH BUKU INI!


EH, NANTI DULU!!


Saya tahu anda teruja untuk mengetahui isi kandungan buku ini. Tetapi, saya tidaklah begitu kedekut untuk tidak menawarkan apa-apa BONUS ISTIMEWA kepada anda!

Dengan pembelian buku Celoreng Biru ini, saya telah bersetuju untuk memberikan anda..

EBOOK PERCUMA 'PANDUAN MELANGKAH KE KEM PLKN'

LAGU-LAGU PLKN DALAM BENTUK MP3 TERMASUK LAGU 'NEGARAKU', 'KAMI ANAK MALAYSIA' (2004) & 'WIRA WIRAWATI NEGARA' BESERTA LIRIKNYA

KOLEKSI WALLPAPER EKSKLUSIF CELORENG BIRU

KUPON DISKAUN 20% KARIKATUR BERWARNA DARI KARTUNIS UBI

EBOOK 30 JENIS PERISIAN & TOOLS PENTING USAHAWAN INTERNET DARIPADA RAHSIAEBIZ.COM

KUPON DISKAUN 10% UNTUK PROGRAM-PROGRAM ANJURAN DIG-APP CAMPS DAN ANJUNG DIGITAL

 

Wah banyaknya...!!


JADI, APA TUNGGU LAGI??


 

DENGAN HARGA HEBAT..

RM 20.00*

SAHAJA!!

*tidak termasuk belanja pos

JANGAN BERLENGAH LAGI...

p.s: Jadilah warganegara yang lebih prihatin terhadap generasi akan datang selepas membaca buku ini..

p.p.s: Bukan mudah untuk mendapatkan panduan, maklumat dan kisah-kisah dalam kem PLKN kerana sehingga kini hanya ada buku ini sahaja yang mencatatkannya..

p.p.p.s: Walau siapa pun kita, setinggi mana kedudukan kita, namun kita masih perlu meluangkan sedikit masa untuk mengambil tahu hal ehwal yang berlaku dalam negara kita sendiri..

Minisite Designed by Cheapest-design.com